Assalamualaikum

assalamualaikum

The Best Song

Thursday 22 November 2012

PUDING ROTI SOS VANILLA

Hari ni...nak kasi puding roti..tiap kali g rumah my untie...saya ske mkn puding roti..mmg sdp la dia buat..jom try buat ....


Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)


* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang

 yang ni sebelum bakar...
sudah siap...boleh la potong dan di makan dengan sos vanilla..sungguh enak...nyum3...

Panas2 ni ..sdp kalau makan AIS CREAM GORENG


 Hai...kawan-kawan...kali ni...nak kasi resipi aiscream goreng plak..hurmm..bunyi mcm pelikkan..terfikir..xcair ke bila goreng??? xpe..kte cuba dlu..mmg enak jgk la rasanya.hihih
 
 
 
Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
     
     Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....

     Letakan aiskrim pilihan.

    Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..

    Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..

    aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
    goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...
     sangat yummyyyyyyy... jom makan aiskrim goreng di petang jumaat yg indahhhh...

    so..kwn2..bolehla cuba..enak bangat sih.hihihi

Wednesday 21 November 2012

Kek Butter Pelangi....

Kali ni..kek butter plak..my mum selalu buat kek ni...apatah lagi letak coklat rise..perghh mmg lazat la... Daddy ku lagi la suka makan kek ni..katanya kek ni je ske..kek ada cream2 mmg xkn makan lah. so kenala selalu buat kek ni untuk yg tersayang....makan time panas2 lagi la lazat...

cara buat kek ni..blh lihat di bawah ni ye..=)



KEK BUTTER coklat rise pelangi :

resepi nya...
250gm buttercup (nk guna yg lain2 pn buleh)
250gm gula castor - su ikut kaksaba taruk 230gm je
6bji telur grad A 
250 gm tpg gandum *
1 sdt baking powder.*
1/2 sdt soda bikabornat*
1/2 sdt esen vanila


** bahan2 ni di ayak 2kali
cara nya..
pukul butter,gula sampai kembang dn gebu ..masukkn telur sbji demi sebiji n masukkn  esen vanila pukul biar sebati..masukkn tepung dn kaup balik dgn senduk kayu (senduk plastik pn boleh) gaul rata dn bagi la 3 ke 4 bahagian dn bubuh la warna ikut pilihan hati dn lapis la warna tu sampai habis dn tabur la ikut pilihan hati jgak ..nk coklat rice ke..badam cincang ke..apa2 la .. dn bakar suhu 170 c selama 45 minit.

DURIAN CREPE???

Assalamualaikum....

rasanya dah lama tak update blog ni kn...so.....kali ni nak cerita tentang "Durian Crepe"..hurmm...aku pun plik jgk apa ke bendalah benda ni...last2 untie aku sendiri kasi rasa..wow...mmg masyukkkkkk lah...hihihi tp tak boleh makan banyak la kn..sbb muak jgk .hihihi... so kat bawah ni...ada resipi mcm mna nk buat Durian Crepe tu


Bahan-bahan :-
  • 250 gram Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa.. aku guna warna kuning telur dan hijau apple)
  • Satu botol kecil Whipped Cream – Boleh dapatkan kat Giant dan Tesco berhampiran
  • Aiskrim vanilla (bahan sampingan)


Read more: http://www.mohdzaid.com/2012/11/20/cara-buat-durian-crepe-resepi.html#ixzz2CvuPV04x

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT ( 30 biji)
  • 250gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme
  • Isi durian yang telah dilenyek


CARA- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE






-campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian Crepe ini, kemudian blender dan tapis.


 -Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. Tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.


 -Pukul  Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati



 - Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.


-Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk. Telah sedia untuk dimakan, yum..yum.


Sekarang ni kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. memula dulu rasa pelik gak apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe. Lagilah sekarang musim durian gugur so resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang.

Read more: http://www.mohdzaid.com/2012/11/20/cara-buat-durian-crepe-resepi.html#ixzz2CvqIPiWH
Sekarang ni kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. memula dulu rasa pelik gak apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe. Lagilah sekarang musim durian gugur so resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang.

Read more: http://www.mohdzaid.com/2012/11/20/cara-buat-durian-crepe-resepi.html#ixzz2CvqIPiWH

Sekarang ni kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. memula dulu rasa pelik gak apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe. Lagilah sekarang musim durian gugur so resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang.

Read more: http://www.mohdzaid.com/2012/11/20/cara-buat-durian-crepe-resepi.html#ixzz2CvqIPiWH