Assalamualaikum

assalamualaikum

The Best Song

Thursday 26 April 2012

Erti Sebuah Persahabatan.


Sahabat...Siapa yang tiada sahabat. Bagi ku sahabat ini tempat kita bersuka duka bersama.susah senang bersama. Sahabat ini kadang kala membuatkan kita gembira..kadang kala membuatkan kita duka., Kenapa aku kata begitu?hurm... sudah pasti ada diantara kawan-kawan kita yang ada sikap cemburu terhadap kita jgk kan. Jadi, tidak hairanlah ia boleh membuatkan kita terluka sekiranya dia mengkhianati kita.. Sewaktu aku membesar berada di Banting Selangor ,aku ramai kawan-kawna baik..lagi2 yang bernama Amirah Nadiah, Azlin, Najwa asyikin..Ni yang betul-betul rapatlah kan..aku rindu korang semua..kte membesar bersama-sama..pergi sekolah naik basikal ramai-ramai.tuisyen pun sama-sama..sehinggakan tamat tingkatan 5, aku berpindah ke kelantan.Walau kita berjauhan..aku tetap ingat korang semua.tetap dihati.rindu u all lah.hihih..sorang dah jadi mak orang..yang lain belum lagi ye..oppssssss..tersasul..ihhihi...

Bila aku pulang ke kelantan, aku tiada teman..aku masuk form 6..tapi aku rasa kurang keserasian berada di sini.mungkin masih tidak biasa lagi kot.kawan-kawan disini oklah...tapi kau selalu kata pada umi abah ku..kawan2 kelantan xsama macam yg kat selangor..mereka xsombonk...spoting..msh berhubung.Memang ada yang kat kelantan ni ada berhubung tapi xla ramai sangat..mungkin xbiasa kot ikut rentak orang kelantan ni kan.hihhi...

Sejak masuk universiti..kenal la ramai kawan2 lagi2 orang kelantan..terutama sekali Siti Kasmiera...dia spoting sangat..time kat u,dialah byk tolong aku time susah senang...trima kash mira..banyak tolong ejart.. pada kawan-kawan yang lain juga.trima kash..lin,shu,as,cikpah,mariam,wani dll lg lah.hihih rindu semua..

Bagiku sahabat ni biarlah susah sama susah..senang sama senang..boleh tolong menolong..bukan kawan makan kawan.. tapi itulah buat baik pun susah..orang pergunakan kita..pijak kepala kita..alahai..sukarnya hidup berkawan..Apapun aku ucapakan terima kasihlah pada mereka yang baik padaku..jasamu akan ku kenang sampai bila-bila..thanks to u all..miss u..muahhhhhhh


Wednesday 25 April 2012

Cinta Pertama.. Siapa Tak Pernah Alaminyakan?







Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.

Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.

Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Dulu aku pernah kecewa.Bukan sekali tapi berkali-kali lah.hihihi... Memang sukar untuk percaya pada lelaki,tapi sampai bila harus aku membenci lelaki ni.Suatu masa aku kena juga terima lelaki dalam hidup ni dan aku telah pun cuba buka pintu hati aku  untuk pada yang sudi menerimanya. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.

Tuesday 24 April 2012

: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

 

Isteri Dambaan Suami??? Apa caranya.....





Sunday 22 April 2012

Tugas Aktiviti Anak Sulung

     Harini aku nak cerita tentang peranan dan tanggungjawab sebagai anak sulung..Aku ni anak sulung dari 5 orang adik beradik. Boleh tahan juga berat tanggugjawab nya. Dari kecik lagi aku dah biasa jaga adik-adik yang masih kecil.baby pun penah jaga..sebab tu sampai sekarang dah xkekok bila pegang atau jaga baby ni. Kerja anak sulung ni lebih kurang macam suri rumah..ketua keluarga jgaklah. Apa yang kita buat adik-adik akan ikut juga, boleh dikatakan kena jadi contoh teladan yang baik lah. Sulung perempuan ni kenalah tahu memasak kan.kalau tidak macam manalah nak bagi adik-adik dan mak bapak makan.

    Tugas harian aku sejak besar ni,kena masak kat keluarga,bangun pagi kena jemur pakaian,gi beli sarapan atau masak je pape unutk sarapan pagi..lepastu ngemas rumah. Masuk tengahari dah kena ready masak lagi..gitulah hari-hari.kalau adik-adik tuisyen.aku lah yang g ambik.hurmm...dah biasa kot..kadang-kadang tu penat jugak.tp entahlah..biasa dah kot. X payah la nak harapkan adik2 yang lain tolong..pasal mrk ni akan harapkan yang slung buat.hihihi... tapi satu jela kelemahan..bila berlaku kesilapan apa2..yg sulung jela kena marah.kena bebel...aduiiyaiiiiii..sakit oo...

    Anak sulung ni dia punya perangai mudah terasa hati, merajuk, manja jugalah..xtahu kenapa.hihihi tapi penyayang jugakla..boleh tolong orang..suruh je apa.dia boleh buat.hihihi Kalau aku ada anak nanti, aku nak ajar anak sulung aku macam2.biar dia boleh tolong mak ayah nye nnti..senang ckit kerja.betul lah orang kata..anak sulung ni..harapan dia tinggi berbanding anak2 yang lain..tapi kenapa ye..?? Apapun aku sedang berusaha menjadi yang terbaik buat keluargaku...satu hari nanti aku akan buat mereka menangis air mata kegembiraan..Insyaallah... begitulah ceritanya..sape2 yang anak sulung pasti mengerti apa yang mereka lalui sebelum ini.mesti kisah hidup  u all pun banyak dan macam2 ragam kan..aku banyak nk cerita tapi biarlah dulu..cukup benda2 asas je dlu...apapun kte sebagai anak-anak kenalah pandai menjaga hati kedua ibubapa kita termasuklah orang disekeliling kita jga.. beri teladan yang baik kepada adik2...belajar bersungguh-sungguh untk masa depan n gembirakan hati ibubapa kita..ok..peace =P



Lelaki Merajuk?? Tipnya ??


Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang di kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Siapa Tak Kenal Raja Buah-Buahan...Durian..



Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PENGAT DURIAN :,


Bahan-Bahannya
2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuatnya
1. Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda.
2. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir.
3. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk.
4. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.
5. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.
7. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.



BAHAN-BAHAN
·         2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)
·         1 cawan pati santan
·         1 cawan air
·         2 helai daun pandan
·         Garam secukup rasa
·         Buah durian 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak.
  2. Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
  3. Cara makan. Gaul pulut dengan santan dan makan bersama buah durian

Tip Pikat Hati Suami




Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk mengecapi kebahagian itu? Di sini terdapat beberapa tips untuk para isteri memikat hati suami supaya kebahagiaan rumahtangga sentiasa melimpahi keluarga anda.

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur  dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami   sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk   
mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk  menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.
39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahuluu.