Assalamualaikum

assalamualaikum

The Best Song

Monday 7 May 2012

Jalan-jalan cari makan di Kelantan...?Jom...tmpt2 ni

Harini rasa nak bercerita tentang tempat port baik punya kat kelantan ni..jom...tgk..msti korang pernah pergi tempat2 ni kn..lagi2 yg berada di kelantan..Kalau ada port baik lg yg xsmpt sy post..blh tgglkn coment anda ye kwn2...

Port pertama kt  " NASI ULAM CIKGU KARANGRAF KOTA BHARU"..

>>Bagi penduduk sekitar Kota Bharu, restoran ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang dan di dalam perkampungan kraftangan. Harga pula memang tersangat murah. Keunikan kedai ini mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang penulis juga tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini. Ikan keli yang disajikan besar, segar dan sangat sedap. Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung. Dikhabarkan budu yang digunakan di restoran ini sangat istimewa di mana ia dimasak sendiri oleh tukang masak, dan semestinya rasa budu tersebut tidak terdapat dimana-mana kecuali di sini.





 Port kedua adalah "CHINCHUM FOOD VILLAGE AT PENGKALAN CHEPA"

Masak steamboat di Restoran Food Village

Mencari hidangan buffet dan steamboat di Kelantan? Tak perlu susah mencarinya lagi, terus sahaja ke restoran Food Village, ‘Well known restoran di Kelantan yang kini mempunyai cawangan di Kg Kedai Buloh, PCB. Restoran ini pernah telah disiarkan di rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Ia menyediakan hidangan buffet steamboat ataupun dipanggil “chim-chum”. Bayaran yang dikenakan bagi orang dewasa ialah RM17.90 dan kanak-kanak (3-7 Tahun) RM11.90. Harga ini tidak termasuk air. Anda boleh makan seberapa banyak yang mahu.

Terdapat 16 jenis makanan istimewa “chim chum” seperti ayam BBQ, bebola daging, ketam, telur, sayuran, bubur, daging BBQ, sotong, bebola ikan, udang, sohon, buah-buahan, mee/kuey teow goreng, laksa dan laksam Siam. Pilih sendiri makanan kegemaran anda, letakkan ke atas dapur yang disediakan diatas meja anda dan boleh nikmati sepuas hati. Makan seberapa banyak yang anda mahu di kedai ini dan anda bebas memilih dan mengambil apa-apa makanan. Tetapi, setiap makanan yang anda ambil jika tidak dihabiskan dan banyak lebihan akan dikenakan caj penalti. Ini bagi mengelakkan kerugian di pihak pengusaha restoran.

PORT SETERUSNYA DI...

Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup di Warung Moksu Pasir Mas



Inginkan hidangan ‘ringan’ yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas.
Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil ‘kedai Moksu’ sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi.
Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi.
Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini  kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia  lebih selesa dan ruang makan lebih luas.
Signature dish‘ di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain  itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.




Yang ni...time aku g mkn bersama2 kak shaz hot fm tuerr yg cute2..ihihi bersama2 anak2nya..adik2 ku n kak ima...nyam2...time ni mcm dh nk hujan..mmg lps tu hujan dh...
bergambar dulu ye..

ni lah dia kak ima..hihihi...smile kak...
yg ini adik bgsu ku..nur farah natasha with my cousins..nur anis syraya..cute2 kn

YANG ni..AYM PERCIK...

Ayam Percik di Restoran Yati Ayam Percik membangkitkan selera

Menu berasaskan percik merupakan masakan istimewa di Kelantan. Restoran Yati Ayam Percik ini adalah antara ‘signature’ masakan percik di sini. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar Kelantan mahupun penduduk setempat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan arang kayu serta sos perciknya memang sangat istimewa dan ‘lemak berkrim’. Anda akan dapat menikmati ayam yang baru siap dibakar secara tradisional dan boleh menjamu selera dikala ayamnya masih panas.



SETERUSNYA....SELERA CIK SITI...kat cherang jer...kt sini glamor chicken chop dll lah jgk

  popia stadium??? jom....

ni popia campur..memang bestla..ada keropok, buah2an..n popia...perhhh masyukkk


dan yang ni kak Dilla...hihihih org kuat mkn.wahahahaha....1 kepala dgn aku jerr...ske menjelajah mna2 port mkn.ihhihihi..kn3???? 


PORT SETERUSNYA...... NASI LEMAK TC... ATAU NASI LEMAK BERSINAR...



Rasanya..stakat ni jelah dulu...banyak lagi port best2 ..kaalu bab2 makan ni..nanti akan di updatelah ye..Ramai yg ske dtg ke kelantan..ada yg ske mkn kt sini kan..so xpe..nnti jelajah la 1 ngri.ihihihi.. ok...slmt mnjamu selera..nyam3...

No comments:

Post a Comment