Rumahtangga pejuang
Islam
Aktivis gerakan Islam
(samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan
mengenderai rumahtangga Muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang
aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga
terabai, sedang rumahtangga Muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan
generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung al-Quran dan jihad.
Kedua-dua pihak
(pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam
tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga Muslim adalah salah satu
agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup
berumahtangga.
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting
yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan
hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod
perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami
·
Bersikap baik dan lembut dengan isteri
·
Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak
terburu menerima fitnah
·
Jangan sekali-kali memukul isteri dan
penuhi keinginannya dengan baik
·
Bersabar terhadap karenah isteri
·
Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan
boros)
·
Bergurau senda dengan anak dan isteri
(berkasih sayang dan mesra)
·
Membantu tugas-tugas isteri di rumah
·
Jujur dan menepati janji dengan anak dan
isteri
·
Bertanggungjawab dalam memimpin
rumahtangga
·
Tidak bermesra dengan wanita lain
·
Menjaga rahsia isteri
·
Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan
orang lain
·
Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk
isteri
·
Berterima kasih di atas pemberian suami
dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
·
Segera memenuhi permintaan suami
·
Bertindak diatas keizinan suami, jangan
sekali-kali mengangkat suara
·
Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang
buruk pada isteri
·
Pastikan suami tidak mencium melainkan bau
yang wangi
·
Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
·
Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
·
Jangan mengingkari suami dan merahsiakan
sesuatu daripadanya
·
Membantu urusan perjuangannya
·
Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk
ketenangan suami
·
Berlembut apabila dimarahi dan senyum
apabila digembirakan
·
Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan
bijak menutur kata di hadapannya
·
Menghormati keluarga suami
·
Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua
suami isteri
·
Persefahaman
·
Taawun (bekerjasama)
·
Wujudkan suasana romantis
·
Atasi bebanan kerja
·
Kepuasan seks
·
Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
·
Saling percaya mempercayai diantara satu
sama lain
·
Menghayati amal Islami
·
Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan
masaalah rumahtangga
No comments:
Post a Comment