Assalamualaikum

assalamualaikum

The Best Song

Tuesday 1 October 2013

Doa Melembut Hati Insan Tersayang




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Di pagi Jumaat yang mulia ini dihadiah dan dikongsikan Doa Melembutkan Hati. Sama ada hati sendiri, suami, isteri, anak atau sesiapa sahaja.


Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

Yang penting ialah yakin dengan Allah SWT dan faham bahawa ayat tidak punya apa-apa yang memakbulkan itu Allah jua…
Kongsikan dan sebarkan sebab dengan ilmu yang disebarkan itu anda mungkin dimasukkan ke syurga. Amin.

                                                                                  وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Wednesday 28 August 2013

Salam Ramadhan 1434H....

Assalamualaikum....

apa khabar rakan2ku sekalian...rasanya dah lama saya x update blog ni...sekarang dh bulan puasa..harini dah puasa yg ke 8 tau...sekejup je masa berlalu...kalau sblm ni saya berpuasa dgn fmly..umi yg msak...jz tlg2 je...thun lps puasa dlm keaddan alahan..fmly msk sbb duk umh fmly..tp thun ni...dh duk rmh sndri..hurmmm apa lg..kenalah berdikari..masak sendiri ...untuk siapa lg kalau bkn untuk suami..hihihi...tp kdg2 tu beli lauk je..xsmpt nk msak..lgpula jz 2 org je... pada mulanya rasa kekok jgk la berpuasa berdua je..xrmai spt dlu2...waahh rndunya zmn bujang dlu2.kih3...tahun ni ada ank...nk mkn pun kena jga ank jgak.hihihih...

Seperti biasalah di Kelantan ni..juadah berbuka mcm2 jenis kuih muih ada dijual...stakat ni...xpergi lg bazar...hhihi biasalah kalau dah pergi..mula la nk mcm2 kn...nafsu semata2..ble dah berbuka..xmkn mana pun kuih muih yg ada tu...

Cakap tentang raya...u alls dah siap ke smua?? kuih2 raya buat ke beli..hurmmm saya ni sibuk aje beli baju2 anak..smpai lupa nk persiapkn dri plak dgn baju2 raya..alahai...hihihih xpelah untuk ank katakan.hihihi...

so ni sedikit sedutan gambar2 raya saya...hihihi...mcm biasalah..pagi raya beraya di family saya sahulu...kmudian baru kerumah mertua...sblm tu pergi braya di rumah tok nenek dahulu la kn.







Doa Murah Rezeki & Tip Murah Rezeki










Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.


Di antaranya:


01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]


02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]


03.Tinggalkan perbuatan dosa


Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:


"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]


04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.


Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:


"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]


05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa


Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:


"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:


"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]


06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:


"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]


07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]


08.Banyak berselawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


09. Banyakkan berbuat kebajikan


Ibnu Abbas berkata:


"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim


Nabi S.A.W. bersabda:


"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]


12.Melazimi kekal berwuduk


Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:


"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]


13.Bersedekah


Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:


"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]


14.Melazimi solat malam (tahajjud)


Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..


15.Melazimi solat Dhuha


Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:


"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]


16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.


Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:


"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]


Firman-Nya lagi:


"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]


17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.


Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."


Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18.Berdoa


Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19.Berikhtiar sehabisnya


Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.


Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20.Bertawakal


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:


"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]


Nabi S.A.W. bersabda:


"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.


Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]


Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.


Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.


Monday 1 April 2013

pengorbanan seorang ibu


Assalamualaikum....
Apa khabar teman-temanku,rasanya dah lama tak update blog ni..
Harini saya nak berkongsi cerita mengenai pengalamanku semasa bersalin. HanyA kaum wanita sahaja yang dapat merasai nya.
Kisahku bermula pada 3hb mac 2013 dimana ketika itu aku ke hosp utk check up 4 the last scan. Bila doktor kata air ketubanku kurang,jadi kena thn wad la trus hritu jgk...cuaknye xblh ckp,hihihi.... bila dah msuk wad,doktor ada bgtau,disebabkan air ketuban kurang,jadi nk pisahkan dgn memasukkan 1jnis ubat prostine E.subuh keesokannya tibalah masanya utk msukkn ubt tp sblm tu cek jalan dlu,mujurlah time 2 dh buka 3cm,jdi xjdi la nk msuk ubt tu,sbb ubt tu menyakitkn tau,3x msuk ubt klau xbuka jln kenalah operate ...
Lpstu doktor kata saya dh blh msuk laboor room lah ,tp kena tggu sbb pnuh kt dlm tu,perghh mmg ramai org bsalin bln 3 ni.. jam 12tghri saya dimasukkan ke laboor room, . Bila dh duk dlm tu,mai doktor cek jln,ada doktor lain pkj mai buka jln utk jasi bsr n luas lg,mak aii sakitnya sbb msuk tgnnya smpai pergelangan tgn,perghhh,...lpstu msukkn wyr utk kasi kncing,hihi..sakitnya ..katanya tggu 4jam kg utk tgk jln buka brape cm plk,. Time 2 saya dh rasa nk teran,lpr pun ada,siap mntk air tp xbg,nk pitam rasa...last2 msuk air jt tgn sb  nk pitam dh time 2...ptg tu,bke jln 7cm dh,sakit nk teran dh tp xbg lg..nk pndekkn cerita,mgraib tu dh tramat sakit smpai doktor cek dh 10cm,nk mrh pun ada sbb ptg lg sakit nk teran...

Hihihi...so pggil la husband ku msuk.tibalah masa utk bsalin,fuh....tuhan saje yg tau proses meneran utk keluarkn ankku itu...10mnit lpstu,saya slmt mlahirkn seorang

bayi perempuan.


Inilah dia gambar anakku selepas dilahirkan..seberat 3.45kg.
Bila kita dah lahirkan seorang anak barulah tahu mcm ni rupanya ibu-ibu kita melahirkan kita..sakit bersalin,time mengandung bawa baby dlm perut lg.

Ya Allah...besarnya pengorbanan seorang ibu. Bila dh jadi ibu,kte lbh sensitif peka thdp ank-ank...sanggup lakukan apa saje deminya.
Cerita yang diceritakn ini hanya yg pendek2 ringkas2 saje,hihihi...xkn nk cte dlm2 detail kn,nnti seram plk,kih3....

Nilah dia puteriku yang diberi nama Nur Damia Delisha.

Gambar yg ats ni time msuk wad sbb kuning...




Anakku ini mmg ske tidur mengiring n ttp mukanya...hihihi...
Sekarang nk msuk 1bln dh,ske bjga tgk mlm...dr jam 1pgi smpai 5.30 pg lah plg lma,hihi... xpe syg..demimu..mummy sanggup lakukan apa saje. Anak pemp ni mmg org kata akn ikut muka bapaknya,ank lelaki muka ibunya kn.hihihi mmg btul la tu.ankku ini iras2 muka daddy nya...cikit2 tang hdung ,kening,tinggi pnjgnya,telinga ikut mummynya.hihihi...
Yang ni bwa baby bercukur dgn tok guru Nik Abdul Aziz..perghhh mng ramai btul..xsempat jgk nk cukur,sbb tokguru nk g ceramah kt bndr kb dh...alahai...hihi.


Begitulah kehidupan kita ni..,bila dah ada ank,tanggungjawab pun dh btambah brt, proses membesarknnya pula,belanja pun bertambahkn.. insya Allah,akan adalah tu rezeki utk tmbh pendapatan keluarga...sentiasa berdoa berusaha demi mencari sesuap nasi.

Jadi mreka yg masih ada ibu dan bapa,...hargailah mereka...lagi2 ibumu..,yg melahirknmu,membesarknmu tnpa kenal erti penat lelah mnjagamu...jgn pernah sakiti hatinya..seteruk mana ibumu pun dia ttp ibumu...sayangi dan hargailah mereka...

Rasanya setakat ni jelah ceritaku...nk cte pnjg2 nntilah.hihihi...trima ksh bg mrk yg sudi jenguk2 blog n memvaca kisahku ini...muahhh love u allss.


Friday 4 January 2013

MARINE COLLAGEN- Ingin kelihatan cantik secara asli













Collagen Purple (Gred AA)

Diproses semulajadi
Diproses sekali sahaja
Khasiatnya lebih tinggi
Bergaram
Berbau

Collagen Kuning (Gred A)

Diproses Secara Steam
Diproses 3 kali
Khasiatnya kurang sedikit daripada gred AA
Kurang Garam
Kurang Bau


Pure Marine Collagen merupakan gizi yang sangat baik bagi kesihatan.

Khasiat dari pada Pure Marine Collagen :
1. Keseluruhan Badan
- Laraskan berat dan menstabilkan hormon
- Meningkatkan sistem imun badan dan metabolisme
- Mengencangkan payudara, dan otot punggung 

2. Rambut yang sihat 


3. Kuku yang cantik


4. Dll

- Menguatkan perut dan mengekalkan kelenjar tiroid
- Mengurangkan pramatang penuaan kulit seperti kedut dan kendur
- Mengurangkan selulit
- Memberi tenaga
- Melancarkan peredaran darah, mengurangkan bahu dan sakit belakang
- Menguatkan tulang dan sendi, mengelakkan artritis dan osteoporosis
- Meningkatkan sel-sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat gout
- Mencegah kanser / tumor
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Meningkatkan fungsi pencernaan / penghadaman, merawat gastrik
- Anti-bakteria / kulat
- Merawat anemia
- Kolesterol Rendah dalam badan
- Untuk menyerap garam yang berlebihan dalam badan (lumpuh)
- Melegakan, menguatkan, dan melembutkan kulit
- Mempercepatkan pengecutan dan menghapuskan parut jerawat
- Merangsang pengeluaran sel-sel kulit baru, menyembuhkan luka
- Menstabilkan gula dalam darah (kencing manis merdu)
- Membersihkan badan dari tindakbalas radikal bebas
- Memberi rasa kenyang (diet)
- Memelihara usus kecil (untuk mengelakkan sembelit / buasir)

Cara Penyediaannya :

1. Basuh 100gram rumput laut kering 3-5 kali
2. rendam semalaman
3. Buang air rendaman dan bilas lagi 3-5 kali.
4. Dicampur dengan 2.5 liter air ke dalam periuk sehingga mendidih
5. Masak dengan api yang rendah dalam 30-45 minit. Kacau sehingga runtuh.
6. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti 
    sejuk.

Cara Pengambilannya :

1. Ambil 2 kali sehari. Masa terbaik untuk mengambil semasa perut kosong (selepas bangun - sebelum 
    sarapan & sebelum tidur)
2. Ambil stok kolagen dari peti sejuk (akan menjadi seperti jeli), makan 2-3 sudu - juga boleh dicampur 
    dengan madu / jus