Assalamualaikum

assalamualaikum

The Best Song

Tuesday 22 May 2012

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
... Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"


Sunday 20 May 2012

Selamat Datang Bulan REJAB....Sama-sama kita amalkan

AMALAN BULAN REJAB


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
hmm....
Paling tidak pun masa FB...
~ Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari atau apa-apa surah dari Al-Quran.

Wednesday 16 May 2012

Izinkan Aku...

Khas Buat Bakal Imamku.....

Izinkan aku untuk menjagamu....
Izinkan aku untuk menjadi makmum mu disaaat kau mendirikan solat...
Izinkan aku mencintaimu setulus hatiku.....
Izinkan aku untuk sentiasa berada di hatimu..
Izinkan aku untuk melengkapi hidupmu...

Wahai Bakal Imamku...

Jadikanlah aku yang Halal Buatmu...
Cintailah aku sepenuh hatimu...
Sayangilah aku seperti mana kau menyanyangi dirimu...

Wahai Bakal Imamku..

Bimbinglah daku ke jalan yang lurus...
Didiklah daku dalam ilmu agama...
kerna dimu adalah pengganti ayahku....
Berikanlah sepenuh kasih sayangmu kepadaku...

Aku ingin kau tahu bahawasanya aku amat mencintai dirimu..
Aku berharap dirimu..menjadi yang terbaik buatku...

Izinkan aku untuk terus berada di sampingmu saat dikau suka dan duka..susah dan senang...

Semoga...perhubungan yang dibina akan kekal hingga akhir hayat dan sampai ke syurga...amin





Monday 14 May 2012

Rindu....Bila Rindu seseorang..apa Kita Buat Yer??

Rindu....Siapa x pernah alami rasa rindu kan..rindu pada family..rindu org tersyg..rindu kawan-kawan.rindu2 lah kn.ihhihihi

Tapi..apa u all buat bila rasa rindu ye...apa u all buat bila rindu pada Family..n pada yg tengah hangat bercinta...bila rindu apa u all buat ye..hihihi..

Saya?? Bila rindu buat apa???hurmmm...time duk jauh dgn family...rasa rndu...mau rasa nk nangis.ihihhi..trus balik...drive blik..jmp family...kol aje xcukup..ihiihihi..manjakan...sulung tapi manja.kih3.... Aku ni cepat aje merindui orang...aku rindu sangat2 kawan2....adakah mereka ingt aku ye...rindu kenangan bersama2 u all semua lah.ihhhi

Kalau rindu yang tersayang..kol sajelah kan...ajak kuar mkn bersama..kn.ihihiih...tp aku kalau berjauhan..hanya tatapan gambar sajalah mengubat kerinduan ini..ihihhi..jumpa tetap jumpakan... dah nama tersayang.hihihi.. U all plak mcm mna ye..apa u all buat bila rindu.hihiii








Wednesday 9 May 2012

Pilihan Sendiri Vs Pilihan Keluarga????

Setiap orang pasti merasai alam percintaan bukan? Siapa yang tidak pernah merasainya ..lebih2 lagi pada mereka yang bercinta dengan pilihan hati sendiri.. 

Hari ni..aku nk bckp tntg pilihan sndri tau pilihan keluarga yang lbh ok...bagi pandangan akulah...
depand pada individu tersebut... Bagi mereka yang kenali pilihan sendiri..pasti bercinta..lebih mengenali terlebih dahulu tentang si dia...kalau jodoh pnjg..maka diijabkabul lah kn...Klaau pilihan sendiri ni...mmg ok..kte knl dah dia...tapi kalau ada ibubapa antara kalian yg xblh trima ssh jgk kn..so apa tndakan anda sekiranya berlaku sbgini???adakah tggalkan si dia dan ikut pilihan klrga?? atau nekad utk meneruskan dgn si dia...dgn memujuk2 ibubapa anda???

Bagaimana pula kisah dengan pilihan ibubapa anda??kadang kala tu..ada yg blh trima..ada yg xblh trima kn..yela..xknl siapa dia..tau2 nk kena nikh dgn dia..perhh...ada 1 cerita ni..tntg sorang girl ni la kn...
Dulu bercinta dgn orang tu ..org ni...tp xkekal..kerna apa....kerana sorg tu..curang.sorg lg xtisetujui oleh klrga pihak perempuan....akhrnya girl ini...give up..selalu menangis...kerna memikirkan usianya...sedgkan kwn2nya dh berkhwin dh semua..setiap kali kecewa..pasti dia akan mengalirkan airmatanya..aku tgk pun sdh...akhrnya..nk dijadikan cerita...bpk sdra kpd girl ni..btemu dgn ayh girl ni..bertanya..adakah anaknya mash solo kerna ada kwnnya mncri menantu utk anknya...lalu dr situlah sesi pkenalan klrga phk laki n pemp...krn give up..girl ni..serahkan pada klrga aje...maka bertunanglah mrk..6bulan kmudia mrk berkhwin..n alhamdulillah skrg nk msuk 3 org dh ank mrk..bhgia jgk ...

Benda mcm ni ssh nk kata kan...apapun berserah pada yg Maha Esa...Hanya Dia sahaja yg mengetahui...
bgaimna pula dgn u all??adakah yg berkhwin itu ikut plhn klrga atua plihan sndri??? xkisahla kn..masg2 ada pendirian tersendiri... apa yg pntg...truskanlah berdoa agr dipnjgkn jodoh..hingga akhr hayat..dijauhkan dr sgala perkara2 yg tidak elok kn...mudah2an..amin....




Kisah Si Gadis Baik Hati...

Cerita ni...berkisarkan seorang gadis....yang begitu baik hati, penyanyang...ske tolong orang...tapi malangnya...selalu ditipu kawan-kawan..kawan2 pergunakan dia..cerita ini bukan rekaan semata-mata tapi adalah kisah benar...tidak kiralah kisah pengalaman drku mahupun teman-teman..jom ikuti kisah ini...moga-moga dijadikan pengajaran...

ALONG merupakn seorang anak yang baik hati..suka tlong orang..blh dikatakan suruh je apa sje..pasti akan diikuti..suka berkawan tetapi kdg2 tu kawan2 khianatinya...

Ketika zaman kanak-kanak..along sering bermain dengan jiran-jirannya..tiap kali mkn..pasti akan dikongsi dengan mereka...tp..bila mereka makan..tidak pernah pelawa along...along diam sahaja..tanpa disedari, ibu along perhatikannya. Alam Persekolahan pun sama... kawan-kawan ..."long..ko free x ptg ni jom la g umah aku...kte stdy sama...ko ajar aku add mate blh x along"... along  " ok xdahal..." along begitu teruja mengajar demi persahabatan yg terjalin . Namun...apabila result keluar..masing-masing bersyukur dengan reslt yang ada..namun...kwn2 along tidak pernah mengucap terima kasih pada along... "along..aku dapat 8 A...ko tu thniah la ye..aku dapat masuk u...ko ada? ini lah yg slalu di ungkapkan oleh teman2 along...along hanya mendiamkan diri..serba salah malu dengan tindakan kwn2 nya.. time susah cari along..time sng...lupakan along...

Satu kelemahan along ini..suka menghabiskan duit utk kawan2 mereka..suka belanja kawan2 dia..orang kata terlalu baik hati sgt2..Along ni suka tlg kwn2...xkiralah ssh sng..time xda duit dia akan tlg... kwn2 slalu dtg kt dia.. "along..aku nk pnjm duit ckit blh..nnti aku byr."... itulah ugkapan yg slalu along dgr... tp..ble along dlm kesusahan..kwn2 buat derrkk jer..sdh sgt kn...along kdg2 mngs... "knp ..knp kwn2 buat mcm ni...knp mrk time sng..mrk lupakan along...along nk berkawan dgn mrk...along xpnh kacau orang...tp knp..knp org buat bgini...ramai yg cmburu dgn along.."

Tiap kali slt..along slalu berdoa agr dirinya sentiasa dilindungi..sntiasa tng...dimurhkn rzki dll..along cuba tbhkn hati nya...walhal jauh disudut hatinya..kecewa dgn sikap semua orang...

Along selalu mngs...depan ibu dan ayhnya.. "bah..knp along buat baik pada org tp org xnmpk kebaikan along..." ... along ikhlas x tlg mrk..ikhlas x bkwn dgn mrk...tnye ayh along...
Along mnjwb" along ikhlas dgn mrk...along mahu berkawan dgn mrk...adakah along ini keterlaluan..adakah along ini terlalu mgharap.??sdgkn niat along nk bkwn.tp mrk tgglkn along..mrk  blkg ngutuk ngata along..along xkcau mrk bah..."

"along...dlm hdp ini perlbagai ragam manusia..kita kena kuat..kena tabah hadapi segalanya...kena ikhlas...ingt pada yg Esa...berdoalah padaNya...mohon diberi petunjuk...dilindungi dan sebagainya.. InsyaAllah...tuhan akan lindungi kita..biar lah..tuhan akan bls sgala perbuatan baik kita itu..."
pesan abah pada along...

Nak dijadikan cerita...dengan berkat along...along dh berjaya..lbh baik..lbh tggi..lbh bergaji bsr dr kwn2 nya..along bersyukur...skrg ni along lbh berhati2 dlm berkawan..along bersyukur dgn apa yang diberi oleh Nya...along tidak lagi terrrlalu baik pada org..along lbh berwaspada..ttpi along msh lg baik hti menolong org2 yg susah diluar sna itu...hurmmm...

Banyak boleh dijadikan pengajaran ni kn...penuh pengalaman hidup..hidup ini penuh sejarah..sejarah itulah yang mengajar kita lbh matang..lbh terbuka... pasti anda semua ada pengalaman spt ini jgk kn...

Rasa nak tulis novel la...

Harini..rasa nak menulis 1 cerita ..novel gtu..tp tentang apa eyh..blh kasi idea x kwn2...kisah cinta..kisah kwn2..or apa sajelah..blh tulis kt cment ni ye...nnti sy buat.

Monday 7 May 2012

Jalan-jalan cari makan di Kelantan...?Jom...tmpt2 ni

Harini rasa nak bercerita tentang tempat port baik punya kat kelantan ni..jom...tgk..msti korang pernah pergi tempat2 ni kn..lagi2 yg berada di kelantan..Kalau ada port baik lg yg xsmpt sy post..blh tgglkn coment anda ye kwn2...

Port pertama kt  " NASI ULAM CIKGU KARANGRAF KOTA BHARU"..

>>Bagi penduduk sekitar Kota Bharu, restoran ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang dan di dalam perkampungan kraftangan. Harga pula memang tersangat murah. Keunikan kedai ini mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang penulis juga tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini. Ikan keli yang disajikan besar, segar dan sangat sedap. Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung. Dikhabarkan budu yang digunakan di restoran ini sangat istimewa di mana ia dimasak sendiri oleh tukang masak, dan semestinya rasa budu tersebut tidak terdapat dimana-mana kecuali di sini.





 Port kedua adalah "CHINCHUM FOOD VILLAGE AT PENGKALAN CHEPA"

Masak steamboat di Restoran Food Village

Mencari hidangan buffet dan steamboat di Kelantan? Tak perlu susah mencarinya lagi, terus sahaja ke restoran Food Village, ‘Well known restoran di Kelantan yang kini mempunyai cawangan di Kg Kedai Buloh, PCB. Restoran ini pernah telah disiarkan di rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Ia menyediakan hidangan buffet steamboat ataupun dipanggil “chim-chum”. Bayaran yang dikenakan bagi orang dewasa ialah RM17.90 dan kanak-kanak (3-7 Tahun) RM11.90. Harga ini tidak termasuk air. Anda boleh makan seberapa banyak yang mahu.

Terdapat 16 jenis makanan istimewa “chim chum” seperti ayam BBQ, bebola daging, ketam, telur, sayuran, bubur, daging BBQ, sotong, bebola ikan, udang, sohon, buah-buahan, mee/kuey teow goreng, laksa dan laksam Siam. Pilih sendiri makanan kegemaran anda, letakkan ke atas dapur yang disediakan diatas meja anda dan boleh nikmati sepuas hati. Makan seberapa banyak yang anda mahu di kedai ini dan anda bebas memilih dan mengambil apa-apa makanan. Tetapi, setiap makanan yang anda ambil jika tidak dihabiskan dan banyak lebihan akan dikenakan caj penalti. Ini bagi mengelakkan kerugian di pihak pengusaha restoran.

PORT SETERUSNYA DI...

Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup di Warung Moksu Pasir Mas



Inginkan hidangan ‘ringan’ yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas.
Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil ‘kedai Moksu’ sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi.
Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi.
Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini  kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia  lebih selesa dan ruang makan lebih luas.
Signature dish‘ di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain  itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.




Yang ni...time aku g mkn bersama2 kak shaz hot fm tuerr yg cute2..ihihi bersama2 anak2nya..adik2 ku n kak ima...nyam2...time ni mcm dh nk hujan..mmg lps tu hujan dh...
bergambar dulu ye..

ni lah dia kak ima..hihihi...smile kak...
yg ini adik bgsu ku..nur farah natasha with my cousins..nur anis syraya..cute2 kn

YANG ni..AYM PERCIK...

Ayam Percik di Restoran Yati Ayam Percik membangkitkan selera

Menu berasaskan percik merupakan masakan istimewa di Kelantan. Restoran Yati Ayam Percik ini adalah antara ‘signature’ masakan percik di sini. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar Kelantan mahupun penduduk setempat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan arang kayu serta sos perciknya memang sangat istimewa dan ‘lemak berkrim’. Anda akan dapat menikmati ayam yang baru siap dibakar secara tradisional dan boleh menjamu selera dikala ayamnya masih panas.



SETERUSNYA....SELERA CIK SITI...kat cherang jer...kt sini glamor chicken chop dll lah jgk

  popia stadium??? jom....

ni popia campur..memang bestla..ada keropok, buah2an..n popia...perhhh masyukkk


dan yang ni kak Dilla...hihihih org kuat mkn.wahahahaha....1 kepala dgn aku jerr...ske menjelajah mna2 port mkn.ihhihihi..kn3???? 


PORT SETERUSNYA...... NASI LEMAK TC... ATAU NASI LEMAK BERSINAR...



Rasanya..stakat ni jelah dulu...banyak lagi port best2 ..kaalu bab2 makan ni..nanti akan di updatelah ye..Ramai yg ske dtg ke kelantan..ada yg ske mkn kt sini kan..so xpe..nnti jelajah la 1 ngri.ihihihi.. ok...slmt mnjamu selera..nyam3...

Zaman Belajar VS Zaman Kerja..mana lg best

Topik petang-petang ni aku nak sembang tentang zaman blajar atau zaman kerja..mana lagi best bg korang...hihihi... Dulu daddy aku slalu kata..zamn blajar la xkan kita lupa n paling best...akan ingt smpai bila2... time tu aku jwb..alah borink la bljr... dan sekarang bila aku kerja..barulah aku phm maksud daddy aku itu..memang betul katanya...sungguh tepat sekali.. Bila aku dah kerja ni..rasa bosannyalah...tringat zaman blajr..kalau zaman skolah..balik penuh kerja skolah...xlarat nak buat..asal tmt exam..mesti xg skolah dah..

Zaman kt universiti plak...ihhihi lg lah...ada kls g..xda xglah kn..tp time ada..rasa2 mlas..mmg xg jgk.ahahahseronok ramai kwn..buat asgment byk2..walaupun kdg2 tu sakit otak aku...tp hasilnya memang puaslah..Banyak kenangan terindah orang kata..memang betul lah.. Tapi time bljr..nk cpt2 tmt bljr..nk kerjalah..tp bila kerja..nk bljr blik..adeiiii..

Beza zaman kerja ni...ckup bulan masuk gaji lah kn..time tu perhhhhh pakat2 g shoping la bagai..hihihihi...memang la best..time tgh bulan..hurmmm amik...makan lah roti jer kn .hahaah..mmg ada org mcm tu...so gitu lah kehidupan manusia..sma sahaja...zmn bljr ke kerja ke..ada pngalaman masing2 kn....
 yg mna tgh bljr..bljr la baik2..kasi pointer gempak2...yg kerja..kerja bgs2...kasi naik pgkt .gji pun masyukkkk ye.kih3...apapun lakukannya dgn niat yg iklas..krn ALLAH..S.W.T...


 Yang bawah-bawah ni gambar time dah kerja...1 kat tmpt lain...1 lg kt tmpt lain jgk.hihihi.

 Gambar ni pula..time lepas buat latihan convocation...berpeluh2 muka aku.hihih...

Sunday 6 May 2012


Cinta....apa ada pada cinta....setiap orang pasti mempunyai kisah cinta masing-masing kan.begitu jugalah denganku...Dari dulu aku sukar untuk mempercayai lelaki...bagiku..lelaki ni..errr mcm2 ragam jgk lah..byk main2..curangnye ,xsetialah, mcm2 lg lah kn...ada yg pns brn...tapi apa yg pasti..setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Allah nak beri yg lbh baik dari itu...Pernah aku rasa sampai satu tahap tu dah give up dh nk bercinta....sape xtakut oooo ble dilukai..hihihi...DAN  sekarang ini...orang kata penghujung cintaku sudah dijumpai...hurmm xblh la nk letak kpercayaan pada laki 100%...arghhh mls la lyn sgt kn...manusia xblh caye sgt..hihihi apapun yang lepas itu jadikan satu pengalaman dan pengajaran buat kita semua.yang datang pada masa ini..perlulah di hargai dan dijaganya..jangan pernah menyakiti hatinya...tidak kiralah lelaki mahupun perempuan...percayalah..sesiapa yang pernah gagal dalam bercinta..Allah pasti akan ketemukan yg lbh baik untuk anda semua.percayalah...harus berdoa ye...=) xtau nak cite apa lg..stakat ni jelah..errrr bosan sebenarnya.hhihihi

Thursday 3 May 2012

Madah Cinta...

Kadangkala, kita mencintai seseorang terlalu banyak, sampai kita merasa mati rasa terhadap cinta itu. Karena, jika kita merasakan seberapa besar cinta kita terhadap mereka, perasaan itu akan membunuh kita. Bukan berarti kita menjadi orang yang buruk. Tapi itu karena hati kita terlalu besar.

Cinta adalah sebuah bentuk pemaafaan yang tanpa henti, sebuah tatapan lembut yang menjadi kebiasaan.

Hal terbesar yang pernah Anda pelajari di dunia ini adalah mencintai dan dicintai.

Cinta terbaik adalah yang melembutkan jiwa, yang membuat kita lebih menginginkannya, yang memberi kehangatan di hati dan yang memberi kedamaian pada pikiran kita.

Jika Anda menghakimi seseorang, maka Anda tidak memiliki waktu untuk mencintai mereka.