Cinta Pertama
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. Pandai-pandaila bagaimana merawatnya supaya cinta pertama tetap segar, kata omputih first love never dies. Cinta yang pertama belum tentu yang terbaik, tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik.
Cinta Membimbing
Cinta yang sering dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakkan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberikan tunjuk ajar mengenai hampir semua perkara. Pasangan boleh menjadi idola, ataupun yang dapat memupuk minat dan kegemaran pada masa yang sama.
Cinta Menggoda
Cinta yang membuatkan seorang taksub dengan cintanya. Percaya bahawa itulah cinta sejatinya. Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetapi masih yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.
Cinta Berbeza Status
Ibarat cinta Sabariah dengan Kassim Selamat. Awalnya memang bahagia, tetapi akhirnya nanti termakan rasa, termakan kata. Hal ini boleh diatasi jika ikatan dan pemahaman tinggi dan kuat. Status sosial yang terlalu berjurang mungkin menyebabkan ikatan menjadi longgar, berkadar dengan waktu.
Cinta Tiga Segi
Boleh dikatakan tidak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang sudah mempunyai ikatan atau sebaliknya. Ada sebilangan wanita yang gemar bermain cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, terikat itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.
Cinta Si Penyelamat
Kisah cinta ini berlaku apabila si dia memberikan pertolongan di saat kita memerlukan. Tatkala kita kesusahan, si dia pasti ada. Dan apabila berlaku, si dia mahukan timbal balas yang sepatutnya, si dia menjadi penyelamat kerana dambakan cinta dari anda.
Cinta Dan Usaha
Cinta takkan datang dengan sendiri. Kita perlu mencari, kerana dengan mencari barulah kita akan tahu pahit masam erti cinta. Dan dengan mencari, barulah kita tahu cinta sebenar yang menjadi milik kita. Ia perlukan usaha, cinta dengan usaha akan membuahkan hasil yang bahagia, kerana kita telah mencari dengan daya cinta kita sendiri.
No comments:
Post a Comment