Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel
kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga
baik dimakan ketika demam.
Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di
dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal
tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan
dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang
serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi
tekanan perasaan.
Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain
yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian
diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah
itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun
di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang
sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka
duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari
durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa
kecederaan yang serius.
Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya
gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia
dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan.
Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PENGAT DURIAN :,
Bahan-Bahannya
2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuatnya
1. Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut
kesukaan anda.
2. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula
melaka dan gula pasir.
3. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau
perlahan-lahan hingga empuk.
4. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian
masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.
5. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian
sesuaikan rasanya.
7.
Setelah cukup masak bolehlah diangkat.
BAHAN-BAHAN
·
2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)
·
1 cawan pati santan
·
1 cawan air
·
2 helai daun pandan
·
Garam secukup rasa
·
Buah durian
CARA MEMBUATNYA
|
No comments:
Post a Comment