Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang
merajuk. Mudah-mudahan apa yang di kongsikan di sini dapat membantu anda
dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri
itu.
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa
untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi
membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah
punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah
tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai
lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia
sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen
dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali
mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita
nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia
sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang
sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan
diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda
akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini
akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda
telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri
daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan
ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa
yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang
Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda
seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat
mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada
merajuk itu.
No comments:
Post a Comment