Assalamualaikum

assalamualaikum

The Best Song

Tuesday, 26 June 2012

Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:


بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Baqara - 2:186


Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:


 بسم الله الرحمن الرحيم

 Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.

 2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan


بسم الله الرحمن الرحيم

 

Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

 3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Murah Rezeki

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Surah asy-Syuara - 42:19

 Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


بسم الله الرحمن الرحيم

 

Surah at-Talaq - 65:7

 Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

 

 Setiap manusia inginkan sesuatu..apatah lagi rezeki dari tuhan..setiap benda yang datang itu semua dari ALLAH S.W.T...Kita sebagai hambanya haruslah perbanyakkan solat hajat , berdoa dan bertawakal setelah kita usaha mendapatkan rezeki.Jangan sesekali kita putus asa dengan segalanya .

No comments:

Post a Comment