harini nk crita pcubaan ptama try buat biskut cookies choclate chip..aSYik beli jer..so tiba2 tringin nk try buat...hah...apa lg... bli la brg2nya dan buat...
nak tau apa brg2nyerr?? jom... terjah,.
Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 15 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.
so ini la hasilnyerr... lbh koko kot...hihihi glp la ckit kn..so lpsni nk oter2 bhn2 spya lbh trg lg..
No comments:
Post a Comment